Bagi yang tidak mengenali Helmi Azman, dia merupakan bintang yang sedang meningkat naik dan menunjukkan kemahiran yang mengagumkan dalam Kejuaraan Idemitsu FIM Asia Road Racing 2024 dengan menduduki tempat 5 terbaik dalam kedudukan keseluruhan untuk kelas Supersports 600cc.
Malah, prestasinya sepanjang musim mencerminkan dedikasi dan perkembangan dirinya sebagai pelumba, menjadikannya sebagai pesaing yang digeruni dalam kejuaraan tersebut.
Selain itu, anak muda berusia 25 tahun ini mengesahkan bahawa dia menggunakan nombor azimat ’55’ milik bekas pelumba MotoGP™ negara, Hafizh Syahrin Abdullah selepas terpilih untuk beraksi atas tiket ‘wildcard’ Moto2™ Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) hujung minggu baru-baru ini.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: