Site icon Kool FM

Mekanik Temui Objek Disyaki Bahan Letupan Pada Tayar Belakang Kereta Milik Siti Kassim


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Seorang mekanik menemui objek mencurigakan disyaki bahan letupan ditemui di bahagian bawah kereta milik peguam, Siti Kasim, tengah hari ini.

Bahan itu ditemui ketika peguam terbabit menghantar kereta jenis Toyota Celica miliknya untuk diselenggara di pusat servis dekat Jalan Maarof, di sini.

Objek mencurigakan itu dikesan selepas kereta berkenaan diangkat oleh mesin sebelum ditemui di tayar belakang.

Pihak polis menutup sebahagian laluan berhampiran, selain Unit Pemusnah Bom (UPB) sedang melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan.

Siti Kasim berkata dia menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika menghantar kenderaannya itu ke pusat servis pada jam 12 tengahari tadi.

“Terdapat dua botol mineral yang disangkut di bahagian belakang tayar kereta dan ketika ini kereta masih di bengkel dan tidak dapat berbuat apa-apa.

“Saya sudah menghubungi polis menerusi panggilan 999 dan memberitahu ini adalah ancaman bom,”…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version