
MELAKA – Melaka menyasarkan dua syarikat milik kerajaan negeri iaitu Melaka ICT Holdings Sdn. Bhd. (Melaka ICT) dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) untuk disenaraikan di Bursa Malaysia masing-masing seawal 2028 dan 2029.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk memperkukuhkan daya saing syarikat tempatan selain memastikan pertumbuhan ekonomi negeri memberi limpahan lebih luas kepada rakyat.
Menurut beliau, Melaka ICT sedang melalui proses penilaian kesiapsiagaan syarikat dan penstrukturan semula organisasi sebagai persediaan ke arah tawaran awam awal (IPO) yang disasarkan pada suku pertama 2028.
“SAMB juga sedang melalui proses penstrukturan semula syarikat dan usaha wajar dengan sasaran seawal suku pertama 2029.
“Komitmen ini kita mulakan daripada ekosistem kerajaan negeri sendiri, yangmana setakat ini, kita mempunyai 13 agensi, 47 anak syarikat aktif serta empat buah Syarikat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: