Site icon Kool FM

Melaka United Ditukar Nama Kepada Melaka FC

Melaka FC


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA), Datuk Nur Azmi mengesahkan pasukan Melaka United akan ditukar nama kepada Melaka FC serta bakal beraksi dalam saingan liga amatur, Liga M3 musim depan

Ia sekali gus menepis cadangan untuk menggunakan nama Harimau Melaka sehingga menjadi bualan peminat bola sepak tempatan di media sosial pada minggu lalu.

Selain itu, Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) kini diganti kepada MAFA berkuat kuasa serta merta.

Nur Azmi berkata dalam portal Melakahariini, skuad Melaka FC akan berwajah baharu dalam misi kembali semula ke Liga Super pada tahun 2024, selain layak beraksi di Piala FA musim depan.

Pihaknya juga telah mewujudkan satu akaun khas untuk memastikan pembayaran gaji pemain berjalan lancar setiap bulan tanpa sebarang tunggakan.

“Saya mahu fokus dan pastikan pembayaran gaji mengikut masa ditetapkan. Saya akan pastikan jika saya berhutang sekalipun, ia bukanlah hutang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version