Siapa tak kenal dengan penyanyi rock lagenda, Dato’ Awie, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar bin Othman? Penyanyi dan pelakon yang digilai ramai ini masih lagi aktif di dalam kariernya walupun setelah berdekad berada di dalam industri.
Terbaru, Awie menerima Anugerah Lifetime Achievement, Music And Entertainment Industry dari Malaysia Prestigious Industry Awards 2020. Bukan calang-calang orang boleh menerima anugerah berprestij seperti ini lebih-lebih lagi anugerah pencapaian seumur hidup. Memang sesuatu yang patut dibangga dan diraikan.
Baca juga: “Dr Tolong Check Hati Saya Sakit Dan Sedih..” – Chef Wan Hampir Sakit Jantung Kerana Tekanan
Menerusi akaun Instagram miliknya, Awie melafazkan bahawa dia bersyukur kerana dipilih menerima anugerah ini. Tambahnya lagi, dugaan yang dihadapi sepanjang bergelar artis seperti dihina dan dicaci telah membuka lembaran rezeki yang lebih luas buatnya.

Menerusi ruangan komen di posting tersebut, rata-rata memberikan komen yang positif. Mereka juga berpendapat bahawa pemilihan penerima anugerah tersebut adalah tepat.
Begitu juga buat penyampai radio Kool FM, AG. Tahu atau tidak, sebenarnya sudah 2 dekad AG atau nama penuhnya, Muhammad Azmie Selamat, mencipta kariernya di dalam industri radio. Bermula seawal usianya mencecah 20-an lagi sehinggalah ke hari ini, AG masih setia ke udara bersama pendengar. AG adalah antara personaliti dan penyampai radio yang diingati sehinggakan bila sebut je Kool FM pasti teringat nama AG.
Dianugerahkan Excellence Achievement Award, Radio Broadcasting Industry, rata-rata rakan penyampai dan wargamaya memberi sokongan penuh buat AG dan berkata bahawa dia selayaknya menerima anugerah tersebut.
Hebat, itu sahaja yang boleh dikatakan buat kedua-keduanya. Mereka memang selayaknya menerima anugerah ini selari dengan pencapaian dan bakti yang diberikan selama berdekad lamanya. Kita ucapkan tahniah bukan sahaja buat Awie dan AG, malah buat semua penerima hadiah anugerah berprestij ini.
Diharapkan dengan adanya anugerah seperti ini, ia dapat menjadi pembakar semangat buat yang lain untuk terus berusaha tidak kiralah di dalam industri apa pun kita berada.
Baca juga: Tersadung Semasa Menyanyi Live – Ifa Raziah Bersyukur Tiada Yang Mentertawakannya