Site icon Kool FM

‘Memang Letih Sangat, Tapi Penyokong Kekuatan Saya’

Bellingham


Jude Bellingham mengakui bahawa beliau benar-benar keletihan semasa perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Slovenia sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa bintang England itu mengalami sindrom ‘burnout’ di Euro 2024.

Harapan tinggi diletakkan di bahu Bellingham selepas musim yang cemerlang bersama Real Madrid yang menjuarai kempen Laliga serta Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Beliau turut memulakan kempen Euro 2024 dengan baik selepas menghadiahkan jaringan kemenangan pada perlawanan menentang Serbia, tempoh hari.

Namun, pemain berusia 20 tahun itu mengalami kesukaran dalam perlawanan berikutnya menentang Denmark dan keadaan itu berterusan menentang Slovenia juga.

Tanpa berselindung bekas pemain Borussia Dortmund itu mengakui bahawa dirinya berada dalam kepenatan.

“Anda pasti mendapat tenaga daripada aura sorakan penyokong-penyokong England itu sehingga detik akhir permainan. Saya rasa seperti dalam perlawanan terakhir…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version