Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Menara Vista terima anugerah Pensijilan Perak GreenRE

today9 October 2025

Background


PETALING JAYA -Aset utama  AmanahRaya Real Estate Investment Trust (AmanahRaya REIT) iaitu Menara Vista telah menerima anugerah Pensijilan Perak GreenRE di bawah kategori Bangunan Bukan Kediaman Sedia Ada (ENRB v3.3).

Pensijilan itu diberikan kepada syarikat kerana ia berjaya menyiapkan Penilaian Pengesahan Tapak GreenRE (SVA), yang menilai prestasi alam sekitar dan inisiatif kemampanan Menara Vista merentas pelbagai dimensi.

Di bawah rangka kerja GreenRE, kemampanan dinilai berdasarkan enam teras iaitu  kecekapan tenaga, kecekapan air, pengurangan pelepasan karbon, perlindungan alam sekitar, kualiti persekitaran dalaman dan ciri hijau yang lain.

Dibangunkan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia, GreenRE adalah salah satu sistem pensijilan bangunan hijau terkemuka di Malaysia yang mana ia berfungsi sebagai penanda aras kebangsaan untuk kemampanan dalam persekitaran binaan, menggalakkan amalan cekap tenaga, bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post