Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Me’nate Steak Hub buka cawangan baharu di Ipoh

today14 December 2021

Background


IPOH – Restoran makanan Barat terkenal, Me’nate Steak Hub melebarkan sayapnya di negeri Pe­rak setelah membuka cawangan baharunya di Jalan Dato Seri Ahmad Said, Greentown di sini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Ashraf Syed Ali berkata, pembukaan Me’nate Steak Hub (Ipoh) ini adalah sejajar dengan perancangan pihaknya untuk memperluaskan lagi jenama tersebut sehingga ke Utara.

Menurut beliau, pertambahan sebuah lagi cawangan baharu ini merupakan petanda positif bagi syarikat untuk terus berdaya saing dalam bidang makanan dan minuman (F&B) berdepan de­ngan persekitaran sukar selepas pulih daripada pandemik.

“Selepas memiliki tujuh buah cawangan di Lembah Klang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, destinasi seterusnya pula adalah ke bahagian Utara iaitu di Pulau Pinang dan juga di Sungai Petani, Kedah.

“Sememangnya kami mempunyai ramai pelanggan dari Perak khususnya Ipoh yang sanggup datang jauh untuk menjamu selera di salah sebuah cawangan Me’nate Steak Hub di Lembah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: ZAKI SALLEH


Previous post