KOTA BHARU – Rangkaian kedai makan ala barat terkenal, Restoran Me’nate Steak Hub memilih Kelantan sebagai lokasi cawangan pertamanya di Pantai Timur.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Ashraf Syed Ali berkata, restoran yang terletak di Bandar Baru Kubang Kerian, di sini merupakan cawangan kesembilan dan terbaharu di negara ini.
Menurutnya, Kelantan dipilih berdasarkan statistik serta data penyembelihan lembu yang menunjukkan negeri itu merekodkan jumlah sembelihan lebih tinggi berbanding Terengganu dan Pahang.
“Kami terima data ini daripada kerajaan negeri dan ia menjadi asas yang menunjukkan bahawa permintaan di sini adalah tinggi, manakala masyarakatnya gemar hidangan berasaskan daging lembu.
“Sehubungan itu, kami menyasarkan jualan sebanyak RM5 juta bagi cawangan di Kelantan bagi sepanjang tahun 2022.

“Ini merupakan sasaran minimum, kami sebenarnya menjangkakan prestasi lebih baik daripada jumlah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
