
Penyanyi, Aisha Retno tidak mahu memikirkan dahulu soal perkahwinan sebagai keutamaan hidup biarpun sudah memasuki usia 26 tahun, sebaliknya mahu memberikan lebih perhatian kepada perkembangan kerjaya muzik.
Artikel Berkaitan: AJL40: Aisha Retno ‘Bocor’ Sedikit Arrangement Lagu Tak Adil – ‘Gimik Ini Dah Fikir Dua Tiga Kali’
Kahwin nanti dulu


Aisha atau nama lengkap Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata, buat masa ini dia masih mempunyai banyak impian yang ingin dicapai termasuk melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa dan aktif di negara jiran.
Mungkin ada yang kata umur 26 tahun adalah usia yang sesuai untuk berkahwin. Tapi saya masih mahu aktif dalam industri muzik.
Bukan kata bila dah kahwin tak boleh fokus menyanyi, cuma sekarang ingin fokus kepada kerjaya dahulu. Kalau sudah sampai waktunya, Insya-Allah saya akan melangkah ke arah itu.
Buat masa ini memang fokus saya adalah kerjaya. Saya juga menanam impian untuk melebarkan sayap bukan sahaja di Malaysia, tetapi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: