Apalah erti hidup ini jika tiada mereka di samping kita. Walaupun ajal di tangan Tuhan, sudah tentu sukar untuk kita meneruskan kehidupan seperti biasa pada awalnya.
Baru-baru ini, tular sebuah rakaman seorang lelaki istimewa di laman aplikasi X telah membuatkan ramai mengalirkan air mata.
Menerusi video berdurasi 1 minit 28 saat itu, kelihatan lelaki istimewa tersebut sedang memegang gambar seseorang sambil mengadu jamnya rosak.
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah, rupa-rupanya gambar yang dipegang itu adalah wajah arwah ibu dan ayahnya.
Dia dilihat masih merindukan kedua orang tuanya itu dan menganggap seolah-olah mereka masih ada.
Netizen sebak melihat caranya mengadu kepada arwah ibu dan ayahnya dan tidak dapat bayangkan perasaan lelaki berkenaan sekiranya gambar itu hilang.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
