Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mengaku Bersalah Buat ‘Drift’, Influencer Choii Didenda RM3,000

today3 October 2024

Background


Influencer TikTok, Choii didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu secara gopoh dengan melakukan aksi drift baru-baru ini.

Tertuduh Muhammad Faris Azri Md Hanif, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Chia Huey Ting, lapor Harian Metro.

Baca Juga:

Pada masa sama, tertuduh turut berdepan hukuman penjara selama sebulan jika gagal bayar denda.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda hingga RM2,000, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, R Lushani memohon hukuman setimpal serta berbentuk pengajaran manakala tertuduh yang diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon hukuman ringan atas alasan dia sudah insaf kesilapan dilakukan.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Perjuangan MPC diteruskan biarpun dengan 4 pelumba

Kuala Lumpur: Pasukan Malaysia Pro Cycling (MPC) terpaksa akur apabila dua pelumbanya, Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil dan Muhammad Fahmi Khairul, tidak dapat meneruskan saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 selepas gagal melepasi had masa perlumbaan (OTL).

today3 October 2024