Site icon Kool FM

Mengaku Sengaja Halang Tugas Penguat Kuasa, Penunggang Motosikal Rempuh JPJ Didenda RM5,000


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Kecoh baru-baru ini apabila tular sebuah video pendek yang memaparkan seorang penunggang motosikal Yamaha 125Z merempuh sekatan jalan raya sekaligus melanggar seorang penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga cedera.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, Mahkamah Majistret menetapkan denda sebanyak RM5,000 buat penunggang berkenaan.

Majistret Uthman Abd Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Khairul Azwa Azizi, 25, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan jika tertuduh gagal membayarnya.

Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja menghalang tugas penjawat awam iaitu anggota penguat kuasa JPJ, Mohd Nurhakim Mohd Razif, 29, daripada menjalankan fungsi amnya dalam operasi pasukan.

Kesalahan itu dilakukan pada 17 September lalu, kira-kira 11 pagi di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version