Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Baru-baru ini tiga orang pemuda berusia 24 hingga 26 tahun yang menaiki kereta Perodua Myvi telah ditahan sepasukan polis setelah didakwa sengaja tidak mahu memberhentikan kereta ketika ditahan dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) di hadapan sebuah bank di Jalan Serdang, Kulim, Kedah.
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Sazalee Adam menyatakan salah seorang pegawai polis di SJR tersebut sudah memberi isyarat kepada pemandu kereta yang dinaiki suspek supaya memberhentikan kenderaan untuk diperiksa dalam kejadian 6.30 petang itu.
“Jarak antara pegawai dan kereta dinaiki suspek kira-kira 15 meter dan ketika diarahkan berhenti pemandunya terus memecut laju menuju ke arah mangsa.
“Mujur mangsa sempat mengelak namun tangan kiri pegawai terbabit dilanggar hingga merosakkan portable radio (radio mudah alih) dipegangnya selain cermin sisi kiri kereta suspek turut…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: