Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mengapa Penyanyi Sukar Ulang Kejayaan Lagu Pertama?

today23 July 2026

Background
Mengapa Ramai Penyanyi Sukar Ulang Kejayaan Lagu Pertama? Ini Cabaran Yang Ramai Tidak Nampak


Sebuah lagu boleh mengubah kehidupan penyanyi dalam sekelip mata. Hari ini mereka masih belum dikenali. Esok, wajah mereka memenuhi media sosial, lagu dimainkan di mana-mana dan jumlah tontonan melonjak hingga jutaan hanya kerana satu bahagian korus menjadi trend.

Namun, di sebalik kejayaan itu muncul satu tekanan yang lebih besar, mampukah mereka mengulanginya?Apabila lagu kedua gagal mencipta sambutan setanding, penyanyi berkenaan segera dianggap sudah kehilangan momentum.

Lebih pedih, ada yang terus dilabel sebagai one-hit wonder, seolah-olah satu kejayaan besar tidak membawa sebarang makna jika tidak disusuli fenomena berikutnya.

Situasi ini pernah dikaitkan dengan beberapa penyanyi tempatan menerusi lagu seperti Casablanca, Malam Pagi, Hantu Atau Buaya dan Mungkinkah. Lagu-lagu tersebut begitu kuat sehingga bukan sahaja menaikkan nama penyanyinya, malah menjadi bayang-bayang yang sukar dilepasi oleh karya selepasnya.

Persoalannya, adakah mereka benar-benar tidak cukup berbakat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aqilah Paharuzi


Previous post

Viral

Jom!Fit Carnival Meriah Di 1 Utama, BLACKMORES Ajak Rakyat Malaysia Hidup Lebih Sihat

Ramai mungkin ingat isu kesihatan tulang dan sendi hanya berlaku apabila usia semakin meningkat. Hakikatnya, gaya hidup yang kurang aktif dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini turut meningkatkan risiko masalah mobiliti pada masa depan. Bersempena sambutan 50 tahun kehadirannya di Malaysia, BLACKMORES Malaysia menerusi inisiatif More Health, More Life telah menganjurkan Jom!Fit Carnival di One Utama, Petaling Jaya, dari 22 hingga 26

today23 July 2026