Site icon Kool FM

Mengapa Tempahan Hotel Di AS ‘Cicir Ke Belakang’ Mexico Dan Kanada?

Piala Dunia 2026: Mengapa Tempahan Hotel Di AS 'Cicir Ke Belakang' Mexico Dan Kanada?


Laporan industri terbaharu menunjukkan trend yang dinamik dalam sektor perhotelan menjelang sepak mula kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2026.

Data pasaran mendedahkan perbezaan ketara dalam kadar tempahan awal bilik penginapan antara tiga negara penganjur bersama, iaitu Amerika Syarikat (AS), Kanada, dan Mexico.

Berdasarkan data penganalisis pasaran perhotelan global, CoStar, bandar-bandar hos di Kanada dan Mexico kini mendahului dari segi kadar penghunian hotel awal berbanding kebanyakan bandar hos di Amerika Syarikat, petik The Wall Street Journal.

Kanada dan Mexico Dahului Tempahan Awal

Laporan yang diterbitkan oleh The Wall Street Journal menunjukkan bahawa Vancouver (Kanada) dan Guadalajara (Mexico) mencatatkan kadar tempahan tertinggi, masing-masing mencecah 48 peratus.

Trend positif ini turut disokong oleh prestasi destinasi utama lain seperti Toronto, Mexico City, dan Monterrey yang telah mencatatkan kadar tempahan melebihi 40…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version