Site icon Kool FM

Mengimbau Kenangan Arsenal Dah Tetapkan Tarikh Perarakan Trofi EPL 2023/24 Tetapi Akhirnya Hampa

Arsenal


Ketika musim Liga Perdana Inggeris (EPL) 2023/24 memasuki fasa penentuan, keyakinan mula menyelubungi kem Arsenal.

Ketika aksi hanya berbaki dua perlawanan, Arsenal mendahului pencabar terdekat, Manchester City dengan kelebihan satu mata.

Namun ketika itu, The Cityzens masih kekurangan satu perlawanan berbanding Arsenal dan perlu menghadapi  tiga kelab London iaitu Fulham, Tottenham Hotspur dan West Ham City.

Melihatkan kepada perkembangan tersebut, The Gunners dikatakan sudah mula merancang sesuatu yang hanya dilakukan oleh pasukan yang benar-benar percaya mereka hampir menjadi juara.

Menurut laporan The Standard pada 10 Mei 2024, Arsenal telah menetapkan tarikh perarakan trofi sekiranya mereka berjaya menamatkan kempen di tangga teratas.

Perarakan tersebut dijadual berlangsung pada 20 Mei, sehari selepas perlawanan terakhir liga menentang Everton di Emirates Stadium.

Seperti tradisi kelab-kelab besar Eropah, bas khas akan membawa pemain melalui…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version