Belanjawan 2026 Malaysia mencerminkan komitmen kukuh kerajaan dengan peruntukan keseluruhan mencecah RM419.2 bilion, angka yang besar ini bersamaan 19.7% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, menunjukkan peningkatan 1.7% berbanding tahun sebelumnya.
Secara keseluruhan, belanjawan ini memberi penekanan yang jelas kepada operasi harian kerajaan dan kebajikan rakyat.
Majoriti dana, iaitu RM338.2 bilion (80.7%), dikhususkan untuk Perbelanjaan Operasi. Peruntukan ini meningkat sedikit berbanding 2025 dan difokuskan kepada tanggungjawab kewangan asas negara. Sebahagian besar perbelanjaan ini disalurkan untuk membiayai emolumen (gaji penjawat awam), bayaran persaraan, dan memenuhi obligasi bayaran khidmat hutang.
Walau bagaimanapun, peruntukan untuk subsidi serta perkhidmatan dan bekalan telah dikurangkan, selaras dengan harga komoditi global yang lebih rendah dan usaha kerajaan untuk merasionalisasikan perbelanjaan. Baki RM81 bilion…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: