
Kerajaan Negeri Johor secara rasmi mengumumkan hari Isnin, 13 Julai 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri Johor.
Pengisytiharan tersebut dibuat atas limpah perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, sebagai tanda penghargaan tertinggi kepada seluruh rakyat Johor yang telah menunaikan tanggungjawab dan amanah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.
Pengumuman cuti peristiwa itu diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi satu hantaran Facebook.
Sedar akan impak besar setiap keputusan pentadbiran terhadap jutaan rakyat, beliau menegaskan komitmennya untuk menggalas tanggungjawab ini dengan penuh integriti, keadilan, dan keikhlasan.
Beliau turut memohon doa daripada seluruh rakyat agar negeri itu sentiasa dibimbing dengan kebijaksanaan demi masa depan Johor yang lebih gemilang.
…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
