
Menteri Besar Terengganu sifatkan kejayaan Hakim Danish luar biasaMalik Muhamad [email protected] [email protected] Kuala Terengganu: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan kejayaan pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli adalah luar biasa selepas menamatkan penantian hampir sedekad.Malah beliau juga menyifatkan pencapaian membanggakan itu adalah sejarah buat negara dan Terengganu pada musim pertamanya beraksi secara sepenuh masa di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia.Terdahulu pelumba berusia 19 tahun kelahiran Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu itu mencipta sensasi selepas meraih podium sulung dalam Kejuaraan Motosikal Dunia sesudah menamatkan menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Itali di tempat ketiga di Litar Mugello pada Ahad lalu.Kejayaan itu hadir selepas anak kedua daripada tiga beradik daripada pasangan seorang mekanik dan ibunya pula merupakan suri rumah menerima tonik tambahan sebelum perlumbaan apabila dinaikkan ke…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: