Selama ini kita sering dengar tentang persaingan ekonomi di Asia Tenggara, tapi kali ini kenyataan yang keluar memang agak ‘panas’.
Menteri Penyelaras Bidang Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto, secara terbuka mendakwa ada negara jiran yang rasa kurang senang dengan kepesatan ekonomi Indonesia sekarang.
Paling mengejutkan, beliau memetik nama Singapura sebagai contoh utama pihak yang didakwa cuba ‘menghalang’ kemajuan negara itu.
Kenapa Singapura ‘Tak Suka’?

Menurut Airlangga, rasa tidak selesa ini muncul apabila Indonesia semakin aktif menyertai pelbagai perjanjian perdagangan bebas (FTA) dan blok dagang antarabangsa.
“Singapura tidak suka jika Indonesia terlibat dalam semua perjanjian perdagangan bebas. Malah, ada usaha-usaha untuk menghalang kemajuan kita,” katanya dalam satu acara di Jakarta baru-baru ini.
Walaupun beliau tidak mendedahkan secara terperinci apa bentuk ‘gangguan’ tersebut, mesejnya jelas:…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: