Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Menteri Kewangan Indonesia Bangkitkan Idea Kenakan ‘Tol’ Di Selat Melaka

today23 April 2026

Background


Menteri Kewangan Indonesia membangkitkan cadangan untuk mengenakan cukai laluan terhadap kapal-kapal yang melalui Selat Melaka dan Selat Singapura, namun pantas meredakan isu tersebut.

Beliau menegaskan bahawa Jakarta sama sekali tidak berniat untuk mengeksploitasi laluan perairan strategik berkenaan semata-mata demi meraih hasil kewangan.

Menteri Kewangan Indonesia Bangkitkan Idea Kenakan 'Tol' Di Selat Melaka
Sumber Gambar: MUC Consulting

Ketika berucap dalam sebuah simposium kewangan di Jakarta pada Rabu (22 April), Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa, secara jujur mengakui kedudukan strategik Indonesia di selat tersebut yang menjadi nadi utama perdagangan dan tenaga global.

Walaubagaimanapun, beliau sedar bahawa langkah untuk menukar kelebihan itu menjadi sumber pendapatan bukanlah sesuatu yang mudah, dan mungkin juga tidak wajar untuk dilaksanakan.

“Kalaulah ia semudah itu, tapi hakikatnya tidak,” ujar beliau dalam ucapannya sambil menarik perhatian kepada pelbagai kekangan dari sudut undang-undang,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Luar Negara

Iran berikrar tidak akan buka semula Selat Hormuz

Tehran: Iran berikrar pada Rabu untuk tidak membuka semula Selat Hormuz selagi sekatan tentera laut Amerika Syarikat (AS) masih berkuat kuasa walaupun gencatan senjata dilanjutkan, sambil mengumumkan penahanan dua kapal yang cuba merentasi laluan air strategik itu. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today23 April 2026