Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) terpaksa pulang awal daripada Kejohanan AFF B-23 apabila tewas 0-2 kepada Laos semalam. Ini adalah kekalahan kedua negara dalam tujuh pertemuan terakhir menentang Laos di kejohanan peringkat B-23 sejak 2014.
Jumaat lalu, skuad kendalian Brad Maloney itu turut tewas 1-2 sekaligus mengundang kecaman dan pelbagai kritikan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.
Beberapa pemain utama tidak dibawa dalam skuad kali ini untuk memberikan peluang kepada muka baharu beraksi bersama pasukan kebangsaan. Namun, langkah tersebut dilihat memakan diri apabila pasukan negara gagal untuk memberi saingan kepada Laos dalam dua perlawanan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengkaji dan mencari punca bagaimana pasukan yang sering menjadi belasahan seperti Laos berjaya mengejutkan skuad negara…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
