Seorang ahli politik negara memahami perasaan rakyat kebanyakan selepas turut mengalami peritnya tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
Menurut Oriental Daily, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengalami pengalaman yang sering dirasai oleh kebanyakan rakyat Malaysia ketika dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama 9 jam pada Sabtu lalu.

Chow, yang memandu sendiri dari Selangor ke Pulau Pinang, terlepas dua acara penting akibat kelewatan tersebut.
Menurut laporan Oriental Daily, Chow memulakan perjalanan dari Selangor pada pukul 2 petang dan tiba di Pulau Pinang selepas jam 11 malam.
Ini menyebabkan beliau terlepas sambutan Pesta Pertengahan Musim Luruh di Tokong Batu Kawan yang sepatutnya dihadiri pada pukul 7 malam, dan juga majlis ulang tahun ke-105 Persatuan Cina di Dewan Perbandaran Pulau Pinang pada pukul 9…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
