Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Merasa Naik Sekejap, PGA Patahkan Cubaan Seludup PATI Guna Mercedes-Benz

today6 November 2024

Background


Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dengan menaiki  Mercedes-Benz dan Nissan Grand Livina di Kampung Kok Keli di sini, kelmarin.

Kesemua ditangkap semasa Op Taring Wawasan pada jam 10 malam, petik kenyataan rasmi Facebook Briged Tenggara PGA Rasmi.

Baca Juga:

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, berdasarkan maklumat, pihaknya menyerbu sebuah rumah.

“Ketika anggota tiba di lokasi, dua lelaki disyaki tekong melarikan diri namun seorang daripadanya berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 14 lelaki dan seorang wanita menjadi penumpang dalam Grand Livina dan Mercedes Benz di depan rumah berkenaan.

“Kesemua suspek gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan dipercayai warga Myanmar. Kesemua Pati terbabit disyaki diseludup masuk ke Malaysia melalui pangkalan haram,” katanya menerusi kenyataan media, di…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post