Sementara itu, rakan sepasukannya yang bersama-sama berjuang sehingga ke Jerman untuk beraksi bersama pasukan Malaysia bawah 16 tahun mengesahkan keadaan Asmawi.
“Memang benar, kelibat lelaki kurang siuman itu adalah Asmawi iaitu bekas rakan pasukan yang pernah bersama-sama beraksi untuk Terengganu ketika Sukan Malaysia (Sukma) dan rakan sekolah ketika menyambung pelajaran di Sekolah Sukan Bandar Penawar yang kini di kenali sebagai Sekolah Sukan Tunku Ismail (SSTMI).
“Sayu hati melihat, Mawi (Asmawi) begitu. Dia dulu seorang yang ceria dan seorang pemain hoki berkaliber.
“Pernah juga menyarung jersi negara ketika Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan Hoki Remaja Dunia di Johor Bahru pada 2009.
“Tak sangka dia jadi begitu. Saya berkawan dengan dia sejak kecil. Mungkin kerana tekanan menjadi punca dia hilang arah.
“Jika ada sesiapa yang berdekatan dan mengenali dia, tolonglah bantu dia. Mungkin pihak berwajib boleh menghulurkan bantuan untuk pulihkan kembali Asmawi,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: