Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mercedes Bakal Perlihatkan Jentera Lebih ‘Hebat’ Semasa F1 Bahrain GP Di Malaysia

today20 September 2026

Background
Mercedes Bakal Perlihatkan Jentera Lebih 'Hebat' Semasa F1 Bahrain GP Di Malaysia


Pasukan Mercedes mengesahkan bakal memperlihatkan pakej naik naik taraf besar seterusnya bagi jentera Formula 1 (F1) mereka menjelang penganjuran Bahrain Grand Prix (GP) di Malaysia, dalam usaha meraih semula penguasaan pada sesi kelayakan.

Skuad Silver Arrows kini mendahului carta kejuaraan musim 2026 dengan kelebihan 145 mata di hadapan saingan terdekat, Ferrari, biarpun tidak memperkenalkan sebarang kemas kini utama sejak GP Montreal pada Mei lalu.

Mercedes sebelum ini lebih cenderung menggunakan kemas kini minor mengikut kesesuaian litar, manakala pencabar utama seperti Ferrari dan McLaren mengambil pendekatan lebih agresif dalam pembangunan jentera masing-masing, petik Motorsport.

Pengeluar jentera dari Jerman itu kini berhasrat untuk mengukuhkan kembali penguasaan mereka menjelang GP Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober depan — pusingan yang menandakan kepulangan semula Malaysia ke dalam kalendar F1 bagi menggantikan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post