

Penyanyi, Amira Othman tidak mengambil hati dengan kritikan dan komen negatif yang dilemparkan segelintir netizen terhadap dirinya.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Lewat Dua Minggu ‘Post’ Gambar ABPBH37, Amira Othman Usik – ‘Upload Tahun Depan Je Sayang’
Abaikan komen negatif


Amira atau nama lengkap Nadia Amira Othman, 32, menjelaskan sudah menjadi asam garam bergelar selebriti apabila pasti ada pihak yang menyukainya dan sebaliknya.
Jangan sedih, mereka (netizen) kena cari saya di padang mahsyar nanti lagi jenuh. Adat lah, mesti ada yang suka dan mesti ada yang tidak suka.
Saya abaikan sahaja, tenang-tenang sahaja. Tidak memberi sebarang kesan pun. Ignorance is bliss.
Amira membuat kenyataan berkenaan sebagai respon kepada seorang pengguna media sosial yang meluahkan rasa sedih apabila melihat kecaman yang diterimanya daripada wargamaya.
Semoga tabah dan terus maju ke hadapan. Saya sedih baca orang kutuk-kutuk awak.
Sumber: TikTok
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: