Sejak Ahad lalu, sebanyak tiga bot yang sarat membawa lebih 500 pelarian Rohingya tiba di perairan paling barat wilayah Aceh.
Bagaimanapun kehadiran mereka membuatkan penduduk tempatan berasa kurang senang dan menghalang kapal-kapal tersebut daripada berlabuh di tepi pantai mereka, petik Sinar Harian.
Artikel Berkaitan:
Ketua Perhubungan Awam Polis Aceh, Joko Krisdiyanto berkata, penduduk mempunyai alasan untuk mengusir pelarian Rohingya kerana pengalaman menerima golongan itu tidak lama dahulu.
Sikap mengabaikan kebersihan dan sukar diatur menjadi antara punca sebahagian besar penduduk Aceh menolak kehadiran pelarian Rohingya.
“Penduduk sudah muak dan serik dengan tingkah laku mereka. Pelarian Rohingya bukan sahaja tidak menghormati adab penduduk tempatan, malah Islam yang mereka amalkan bertentangan dengan penerapan hukum Islam di Aceh.
“Selain tiada tempat untuk menampung mereka, pelarian Rohingya juga kerap melarikan diri dan tidak tahu menjaga kebersihan,” ujar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
