Site icon Kool FM

‘Mereka Tunggang Agama, Duit Masuk Akaun Chairman’

'Mereka Tunggang Agama, Duit Masuk Akaun Chairman' - 3 NGO Popular Kini Dalam Radar SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang memantau sekurang-kurangnya tiga NGO popular yang dikesan menyalahgunakan wang derma orang ramai untuk mengumpul kekayaan peribadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mendedahkan bahawa pertubuhan-pertubuhan ini disyaki mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil daripada kutipan dana yang sepatutnya digunakan untuk tujuan kebajikan.

Beliau melahirkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang tergamak mengambil kesempatan atas ihsan rakyat demi memiliki ‘harta haram’.

Setakat ini, pihak SPRM telah pun menjalankan risikan serta siasatan mendalam dan bersedia untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana NGO yang mengkhianati amanah penderma.

“Dalam masa terdekat, akan ada lagi pertubuhan (NGO) yang bakal diambil tindakan mahkamah (oleh SPRM).

“Mereka masih ‘menunggang’ agama, mengutip duit berjuta-juta (tetapi wang) masuk ke dalam akaun peribadi chairman (pengerusi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version