Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mesej Hana Ismail Minta Mangsa Rogol Berdamai Dengan Diri

today26 January 2026

Background
[VIDEO] ‘Mesej’ Hana Ismail Buat Mangsa Rogol Kembali Tular – ‘Kita Perlu Berdamai Dengan Diri Sendiri’


Isteri kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed iaitu Hana Ismail, menjadi bualan wargamaya selepas tular semula potongan video mengenai ‘mesej’ buat mangsa rogol.

Artikel Berkaitan: Hana Ismail Tawakal Pada Allah, Serah Urusan Da’i Syed Kepada Peguam – ‘InsyaAllah Saya Kuat’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hana Ismail Mahu Berehat Dari Mengacara, Da’i Syed Minta Fokus Jaga Anak-Anak

Hana Ismail berpendapat ini ujian

Menerusi potongan video yang dimuat naik di aplikasi X, pemilik nama Hana Ismail, diminta untuk memberi sepatah dua kata buat mangsa rogol sehingga mengalami depresi.

Menurut Hana, mangsa perlu belajar memaafkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum bertindak dengan mendedahkan hal tersebut secara umum.

Saya nak bagitahu, kita semua melalui ujian.

Saya simpati apa yang terjadi pada mangsa, cuma saya nak dia faham bahawa tak semua perkara dalam dunia ini kita perlu bagitahu semua orang.

Jadi, kadang-kadang apa yang kita perlu adalah berdamai dengan diri sendiri.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nadhirah


Previous post