Site icon Kool FM

Messi Cemerlang Selamatkan Argentina Daripada Tersingkir


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Lionel Messi cemerlang membantu Argentina untuk terus kekal dalam persaingan Piala Dunia, ketika Abilceleste menang 2-0 ke atas Mexico.

Artikel Berkaitan:

Argentina tidak boleh kalah. Jika kalah, mereka akan tersingkir daripada pentas Piala Dunia 2022. Ianya bukan kisah yang mahu diukir Argentina dalam pertandingan kali ini selaku salah sebuah pasukan pilihan.

Kekalahan luar biasa kepada pasukan bukan pilihan, Arab Saudi dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G di Qatar telah menyebabkan Argentina berada di ambang penyingkiran.

Tetapi pemain Albiceleste berjaya melupakan tekanan dan fokus semula kepada permainan mereka.

Dan siapa lagi kalau bukan Messi yang genius menjadi kunci kemenangan pasukannya.

Ketika pasukannya kebuntuan berdepan sistem pertahanan Mexico, pemain PSG itu melepaskan rembatan rendah dari luar kotak penalti pada minit ke-64.

Gol itu sangat cantik dan tipikal Lionel Messi. Dia mengukur dengan sebaiknya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version