PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras tiga peratus susulan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Rabu dan Khamis ini, menurut Standard Chartered Global Research.
Katanya dalam nota penyelidikan yang diterbitkan semalam, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku tahun pertama 2024 adalah berdaya tahan pada 3.9 peratus tahun ke tahun, meskipun lebih rendah berbanding unjuran pihaknya pada akhir tahun lepas.
“Inflasi kekal rendah setakat bulan Mac, walaupun terdapat peningkatan sebanyak dua mata peratusan dalam kadar Cukai Perkhidmatan,” katanya.
Pada masa sama, firma berkenaan mencadangkan bahawa perkembangan terbaharu mungkin telah meningkatkan risiko kenaikan OPR oleh BNM pada hujung tahun ini.
Pertama melibatkan penstrukturan semula akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang boleh membawa kepada pengeluaran kira-kira RM25 bilion (bersamaan 1.3 peratus daripada KDNK) yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
