Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Nasional

Mesyuarat Naccol akan bincang isu kartel beras, kata Syed Hussin

today16 March 2024

Background


Pengerusi Naccol Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata kartel tersebut mengawal hingga 80% pasaran beras putih tempatan.

KEPALA BATAS: Terdapat kartel beras putih tempatan melibatkan empat hingga lima syarikat di negara ini yang dipercayai bertindak mengawal jual beli padi dan makanan ruji itu sehingga berlaku kekurangan bekalan di pasaran serta peningkatan harga.

Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata maklumat itu diperoleh hasil daripada libat urus yang dijalankan bersama pesawah, pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.

Justeru, Syed Hussin berkata beliau akan membentangkan perkara berkenaan pada mesyuarat Naccol 20 Mac ini supaya kerajaan boleh mengambil tindakan serius terhadap syarikat terlibat.

“Syarikat-syarikat terbabit mengawal hingga 80% pasaran beras putih tempatan. Kartel itu membeli padi pada harga tinggi iaitu hingga RM1,850 bagi setiap tan padi kemudian menaikkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Nasional

Jangan salahkan Umno Muafakat Nasional terkubur, kata Zahid

Muafakat Nasional ditubuhkan pada Sept 2019 ketika Umno dan PAS dalam blok pembangkang. PETALING JAYA: Bukan salah Umno yang menyebabkan runtuhnya kerjasama Muafakat Nasional (MN) bersama PAS, kata Presiden Umno Zahid Hamidi. Justeru itu, Zahid berkata adalah lebih baik Umno bersama rakan-rakannya dalam kerajaan perpaduan, termasuk bekas seteru utama DAP. “Saya fikir buat masa ini, biarlah kami bersama-sama dengan rakan dalam kerajaan Madani bagi membentuk kekuatan dan kestabilan politik,” katanya […]

today16 March 2024