
Mexico melakar sejarah apabila memenangi perlawanan peringkat kalah mati Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 40 tahun selepas menewaskan Ecuador 2-0 di Stadium Azteca, Mexico City, sebentar tadi.
Sepak mula perlawanan yang terlewat selama satu jam akibat petir di sekitar stadium langsung tidak menjejaskan suasana di dalam stadium.
Didorong sorakan padu penyokong tuan rumah, Mexico tampil menguasai perlawanan sejak awal menentang wakil Amerika Selatan itu.
Skuad kendalian Javier Aguirre itu menjaringkan dua gol dalam tempoh sembilan minit pada babak pertama menerusi jaringan menarik daripada Julian Quinones dan Raul Jimenez.
Keputusan itu juga sama dan dicatatkan di venue yang sama seperti satu-satunya kejayaan Mexico melepasi pusingan kalah mati sebelum ini apabila mereka menewaskan Bulgaria pada tahun 1986.
Mexico Tamatkan Penantian
Ia merupakan kali terakhir negara itu menjadi tuan rumah kejohanan yang berlangsung setiap empat tahun…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: