Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mexico Tewaskan Korea Selatan 1-0, Jadi Pasukan Pertama Ke Pusingan 32

today19 June 2026

Background
Mexico


Mexico mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu kumpulan A Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Korea Selatan 1-0 pada aksi yang berlangsung di Guadalajara Stadium sebentar tadi.

Ia merupakan kemenangan kedua dilakarkan Mexico yang sebelum ini menundukkan Afrika Selatan 2-0 pada aksi pembukaan.

Enam mata diraih itu juga sekali gus sah membawa negara tuan rumah kendalian Javier Aguirre tersebut ke pusingan 32.

Mexico Pasukan Pertama Layak Ke Pusingan 32

Walaupun aksi pada babak pertama dilihat sedikit hambar, Mexico masih berupaya mengancam kubu Korea Selatan pada minit ke-20.

Namun, tandukan Julian Quinones selepas menerima hantaran lintang Roberto Alvarado diselamatkan penjaga gol Korea Selatan, Kim Seung-Gyu.

Jesus Gallardo pula mengancam gawang lawan pada minit ke-49 dengan larian ke dalam kawasan penalti tetapi percubaannya dari sudut sukar sekadar tersasar.

Kesilapan Kim Seung-Gyu seminit kemudian dihukum Luis Romo yang menolak masuk bola ketika…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post