
Malaysian Football League (MFL) pada pagi tadi mengumumkan harga rasmi tiket bagi aksi final Piala FA 2025/26 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 14 Disember 2025 (Ahad), jam 9.00 malam.
Pertembungan kemuncak saingan Piala FA musim ini bakal menemukan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan pencabar, Sabah FC yang kali terakhir beraksi di pentas final kejohanan kalah mati ini pada 1998 di mana mereka tewas 0-1 kepada Johor FA.
Baca Juga:
JDT, Sabah Berentap Di Final Piala FA 2025/26
Sudah pasti pertembungan ini menjanjikan aksi final edisi ke-35 Piala FA sesuatu yang amat dinanti-nantikan peminat bola sepak tempatan.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd berkata, harga tiket dikekalkan seperti musim sebelumnya dengan empat kategori ditawarkan kepada penyokong kedua-dua kelab.
“MFL mengekalkan struktur harga tiket Piala FA ini dengan tawaran serendah RM50 dan RM70 bagi kategori General…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
