
PETALING JAYA – Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mencatatkan pencapaian baharu menerusi perasmian Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Segambut Tengah, Kuala Lumpur kelmarin.
Dengan keluasan keseluruhan 77,000 kaki persegi (7,153 meter persegi), fasiliti Mforce Kuala Lumpur merupakan pusat servis motosikal terbesar di Malaysia, direka bagi menyokong kapasiti penyelenggaraan berskala tinggi ser ta meningkatkan kecekapan operasi.
Berteraskan konsep pusat sehenti, ia menawarkan kemudahan komprehensif termasuk ruang pameran Mforce Gallery yang mempamerkan 16 susun atur pelbagai jenama di bawah M force, ruang menunggu pelanggan yang selesa, CR Cafe, restoran, pusat alat ganti serta gudang penyimpanan.
Pusat itu turut dilengkapi Motorcycle Inspection Test Bench bernilai RM1.5 juta, yang membolehkan pemeriksaan menyeluruh terhadap aspek keselamatan dan keadaan motosikal termasuk sistem brek, pencahayaan serta penjajaran badan,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: