PETALING JAYA – MGB Berhad, anak syarikat LBS Bina Group yang terbabit dalam penyelesaian pembinaan dan pembangunan hartanah, mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM12.24 juta bagi suku pertama berakhir 31 Disember 2023.
Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, Tan Sri Lim Hock San berkata, keuntungan tersebut meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak RM6.81 juta.
Katanya, secara keseluruhan, MGB mencatatkan pendapatan sebanyak RM177.76 juta bagi suku pertama dan ia dijana dari projek-projek seperti Residensi Bintang Bukit Jalil, Ritma Perdana dan Melodi Perdana di Alam Perdana yang dijangka siap dibina menjelang tahun kewangan 2023.
“Di samping itu, MGB turut berjaya memuktamadkan akaun projek yang telah selesai dengan kontraktor utama sekaligus menyumbang kepada keputusan kewangan.
“Segmen pembinaan dan perdagangan merupakan penyumbang terbesar kepada keuntungan MGB dengan RM168.64 juta manakala segmen Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) bagi tempoh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
