PETALING JAYA – Anak syarikat LBS Bina Group Berhad, MGB Berhad melancarkan Pangsapuri Saujana Indah, sebuah pembangunan pangsapuri baharu, yang menawarkan kediaman dengan harga mampu milik dan selesa di Johor Bahru.
Dibangunkan di atas tanah pegangan bebas seluas 2.6 ekar (1.05 hektar), Pangsapuri Saujana Indah terdiri daripada 988 unit yang merangkumi dua buah menara dengan jumlah Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM 437 juta.
Pangsapuri Saujana Indah yang terletak di tengah-tengah nadi permata Selatan yang sedang meningkat naik menawarkan beberapa jenis unit kediaman pangsapuri dengan harga bermula daripada RM352,000.
Terdapat dua buah menara kediaman, iaitu Menara A setinggi 37 tingkat terdiri daripada 393 unit dan Menara B, juga setinggi 37 tingkat dengan 595 unit.

Tarikan utama pembangunan ini adalah akses mudah melalui…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: