PETALING JAYA – LBS Bina Group melalui anak syarikatnya, MGB Berhad (MGB) yang terlibat dalam solusi pembinaan dan pembangunan hartanah, mencatatkan pendapatan RM178.59 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, naik sebanyak 6.57 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Keuntungan sebelum cukai dan keuntungan selepas cukai pula masing-masing mencatat sebanyak RM11.23 juta dan RM6.82 juta.
Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, Tan Sri Lim Hock San berkata, sejajar matlamat ke arah pemulihan ekonomi, segmen pembinaan dan perdagangan merupakan penyumbang terbesar kepada keuntungan MGB.
Jumlah pendapatan yang direkodkan meningkat sebanyak 11.8 peratus kepada RM174.01 juta berbanding suku pertama tahun sebelumnya dengan RM155.62 juta.

Tambah beliau, peningkatan positif pada rekod pendapatan merupakan sebahagian daripada sumbangan projek hartanah seperti Residensi Bintang Bukit Jalil dan Mercu Jalil di Bukit Jalil serta Ritma Perdana dan Melodi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
