Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MHB peroleh projek angin luar pesisir

today29 November 2023

Background


PETALING JAYA – Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MHB) menerusi anak syarikatnya, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn. Bhd. (MMHE) telah beroleh subkontrak bagi platform arus terus voltan tinggi (HVDC) di pencawang luar pesisir (OSS) pertamanya daripada Petrofac International (UAE) LLC (Petrofac).

Subkontrak bagi projek Ijmuiden ver Alpha itu melibatkan kejuruteraan pembinaan, fabrikasi, penyiapan mekanikal, pemuatan keluar dan pengikat laut, serta kerja-kerja seni bina kejuruteraan, perolehan dan asas pembinaan (EPC).

Sebelum ini, MMHE dan Petrofac telah memeterai perjanjian kerja awal pada Julai 2023, yang mana MMHE telah memulakan kerja-kerja persediaan dan penempatan kakitangan utama untuk reka bentuk dan sokongan, selaras dengan sasaran penyampaian OSS Petrofac untuk Program 2GW TenneT di Belanda.

Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif MHB, Pandai Othman berkata, pihaknya benar-benar berbesar hati untuk menyokong Program 2GW TenneT bersama…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post