Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Micron tingkat operasi menerusi pembinaan kilang baharu di Batu Kawan

today13 October 2023

Background


SEBERANG PERAI – Syarikat peneraju dalam industri memori inovatif dan penyelesaian penyimpanan antarabangsa yang berpangkalan di Pulau Pinang, Micron Technology Inc. mengukuhkan lagi jenama mereka dalam bidang semikonduktor menerusi pelancaran fasiliti perkilangan pintar kedua di Batu Kawan, di sini hari ini.

Difahamkan, kilang kedua yang dibangunkan dengan pelaburan keseluruhan berjumlah kira-kira AS$1 bilion (RM4.73 bilion) itu telah memulakan operasinya sejak awal tahun ini.

Menurut Naib Presiden Kanan Bahagian Pemasangan Global dan Ujian Operasi Micron, Gursharan Singh, pembukaan fasiliti baharu ini membolehkan syarikat mengeluarkan lebih banyak produk berkualiti buat pelanggan, selain mengurangkan tempoh menunggu berbanding sebelum ini.

Menurutnya, selain pelaburan awal AS$1 bilion untuk pembangunan fasiliti, pihaknya mungkin akan menggandakan jumlah pelaburan tersebut dalam tempoh beberapa tahun untuk melengkapkan pembinaan kemudahan berkenaan di kilang yang berkeluasan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: ISWAN SHAFIQ ISA


Previous post