Site icon Kool FM

Mihas bawa lebih 9,000 syarikat tempatan ke pasaran global


PETALING JAYA – Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) telah berjaya membantu lebih daripada 9,000 syarikat tempatan untuk memperkenalkan produk ke pasaran antarabangsa.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Abu Bakar Yusof berkata, ini dilaksanakan menerusi program utama Mihas iaitu Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) yang bertujuan menghubungkan pembeli antarabangsa dengan pengeksport tempatan.

“Menerusi 46 pejabat cawangan di seluruh dunia, Matrade akan mengenal pasti pembeli berpotensi dan melakukan padanan perniagaan, membantu menggalakkan hubungan perdagangan antarabangsa sekali gus meningkatkan kedudukan Malaysia dalam pasaran halal global.

Abu Bakar Yusof

“Sehingga tahun 2022, Matrade telah berjaya membantu lebih dari 8,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta 5,586 pembeli antarabangsa menerusi platform INSP, dan mencapai lebih RM11 bilion jualan dalam aktiviti tersebut,”…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version