Kool FM

Miliki Kelebihan Tipis, Kim Pan-gon Mahu Selangor Terus ‘Serang’ Nam Dinh


Ketua jurulatih Selangor, Kim Pan-gon berjanji bahawa skuad kendalianya tidak akan mempamerkan corak permainan bertahan dalam usaha mahu mengekalkan kelebihan satu gol pada aksi separuh akhir kedua Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26 bertemu Nam Dinh, Rabu ini.

Wakil negara itu akan bertandang ke Thien Truong Stadium di Ninh Bình dengan membawa kelebihan 2-1 dari aksi pertama minggu lalu selepas Chrigor Moraes, yang dinobatkan sebagai ‘Shopee Star of the Match’.

Piala Shopee 2025/26: Miliki Kelebihan Tipis, Kim Pan-gon Mahu Selangor Terus 'Serang' Nam Dinh
Kredit Foto: SPORTFIVE

Kim Pan-gon Mahu Anak Buah Terus Menyerang

Melihatkan kepada kelebihan tipis dimiliki, Pan-gon tidak mahu anak buahnya hanya bertahan ketika kunjungan ke Vietnam itu.

“Kami datang dengan kelebihan satu gol,” ujar bekas pengendali skuad kebangsaan itu.

“Saya tidak boleh berasa selesa. Nam Dịnh sangat kuat di laman sendiri. Kami melihat dalam semua perlawanan mereka di tempat sendiri bahawa mereka memang kuat.”

“Kami akan bersedia untuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version