Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Milo diiktiraf logo pilihan lebih sihat

today17 May 2024

Background


PETALING JAYA – Jenama Milo telah mencatat rekod kejayaan terbaharunya selepas menerima pengiktirafan Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL) bagi mencerminkan komitmen syarikat untuk meme­nuhi keperluan pemakanan rak­yat di negara ini.

Ia dilaksanakan menerusi inovasi dan penambahbaikan produk yang memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu agar ia dapat memberi manfaat khasiat kebaikan Milo kepada pelanggan.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Milo, Nestle (M) Berhad, Ng Su Yen berkata, sebagai jenama yang telah berkembang maju selama lebih 70 tahun dan dikilang sepenuhnya di Malaysia, pihak­nya memahami betapa penting­nya kesihatan dan pemakanan yang baik untuk dimanfaatkan masyarakat terutamanya dalam kesibukan dunia hari ini.

“Kami bertekad untuk membekalkan tenaga kepada rakyat dari segenap lapisan hidup dengan menawarkan pilihan yang bermutu tinggi, mampu milik dan lebih sihat.

“Pengiktirafan logo Pilihan Lebih Sihat sesungguhnya membuktikan usaha…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post