PETALING JAYA – Nestle Malaysia melalui jenama minuman popularnya, Milo telah menyumbang sebanyak 10,000 pek Milo Hi-Fibre yang bernilai RM80,000 kepada badan kebajikan terpilih menerima program Charity At Heart.
Pengurus Pemasaran Pengguna Milo, Unit Perniagaan Nestle, Andrew Yoon berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat memberi sumbangan atas tujuan yang baik kepada masyarakat.
“Nestle dan Milo telah banyak mengadakan program amal tetapi kali ini kami memfokuskan kepada projek pembangunan sukan untuk kumpulan masyarakat yang kurang bernasib baik,” katanya pada majlis pelancaran Charity At Heart di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sepanjang program amal itu berlangsung, orang ramai dapat membeli setiap pek Milo Hi-Fibre dengan harga istimewa iaitu RM8.

Dalam acara sama, seramai 100 keluarga berpendapatan rendah telah menerima sumbangan daripada pihak Milo dan Pavilion Bukit Jalil selain turut diadakan sesi badminton bersama duta Milo…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
