PETALING JAYA – Minaz Hijab, pengeluar koleksi pakaian wanita dan keluarga dengan pelbagai fesyen terkini, menyasarkan sebanyak 600,000 helai busana Aidilfitri bakal terjual melalui koleksi Minaz Blooming Raya yang dilancarkan baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hafiza Hamid berkata, sasaran jualan tersebut mampu dicapai memandangkan keyakinan pelanggan terhadap jenama dan koleksi pakaiannya yang berkualiti, ditambah rekaan unik yang dapat memenuhi cita rasa dan kehendak masyarakat.
Menurut beliau, sasaran jualan untuk tahun 2023 pula adalah sebanyak empat juta unit dengan nilai kira-kira RM60 juta.
“Walaupun ramai yang terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dan pelbagai harga barangan yang bertambah, kehangatan Aidilfitri akan tetap dirasai dan pastinya masyarakat akan berbelanja untuk menyambut kedatangan hari raya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Minaz Blooming Raya di Ampang baru-baru ini.
Hafiza…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
