Site icon Kool FM

MINAZ Hijab sasar jualan dua juta helai tudung bawal


PETALING JAYA –  MINAZ Hijab, jenama muslimah yang telah bertahan lama di pasaran tempatan selama 12 tahun lalu, mengunjurkan jualan sehingga dua juta helai tudung bawal pada tahun ini.

Pengasas syarikat, Hafiza Abd. Hamid berkata, nilai sasaran tersebut mampu dicapai melalui sokongan daripada rangkaian pengedarannya yang semakin berkembang di seluruh negara.

Faktor kepercayaan kukuh daripada pelanggannya yang mengakui kekuatan kualiti produk jualannya juga antara sebab kadar statistik jualan tersebut mampu dicapai.

“Tudung bawal telah dilancarkan di pasaran sejak bulan Ogos tahun lalu  dan ia sudah menambat hati ramai penggemar koleksi tersebut.

“Fabrik kapas klasik voile amat eksklusif, berkualiti tinggi dan antara terbaik yang kami pernah pasarkan. Ia juga adalah tudung bawal yang mudah dibentuk selain harganya juga mampu milik iaitu RM29 sehelai,” katanya dalam kenyataan.

Hafiza menjelaskan, bersandarkan kepada pertumbuhan jualan pada tahun ini, pihaknya mahu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version