KUALA LUMPUR – Minaz Hijab mengunjurkan jualan pada tahun ini bakal mencecah sehingga RM60 juta ekoran faktor perluasan pasaran, pengukuhan jenama dan keyakinan pelanggan yang semakin bertambah.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hafiza Abd. Hamid berkata, komitmen stokis dan para pengedarnya yang begitu menggalakkan sehingga berjaya mencatat jualan tertinggi setiap bulan juga adalah penyumbang kepada pertambahan nilai statistik berkenaan.
Ini dapat dilihat daripada jualan daripada anak syarikat baharu di bawah Minaz Group itu berjaya mencecah sehingga RM10 juta pada bulan Ramadan baru-baru ini.
“Selepas lapan bulan Minaz Hijab beroperasi, syarikat berjaya memiliki antara 4,000 hingga 5,000 pengedar di seluruh negara.
“Lebih menarik, ada juga usahawan lelaki yang berjaya membantu menaikkan jualan syarikat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis rumah terbuka dan meraikan stokis, pengedar serta dropship yang mencatat jualan tertinggi di sini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
